Thursday, January 29, 2015

Travelogue #Genting Highlands



Assalamualaikum..

Genting Highlands..apa yang ada dalam fikiran korang bila sebut tentang Genting?

– tempat sejuk
– jalan bengkang-bengkok
– tempat orang kaya habiskan duit kat kasino
– hotel warna warni
Ni masa Ummi pergi tengah renovate bahagian outdoor. Memang tak plan apapun.Mr Love bawa keluar jalan-jalan tau-tau dah sampai Genting…hehehe…

Haa..banyak lagilah kan.Tapi Kak CT  satu keluarga memang suka Genting sebab sejukkk..terasa mood London tiap kali pergi. Perjalanan dari rumah ke Genting pulak hanya makan masa lebih kurang 45 minit je..apalagi memang setahun dua tiga kali kesini..hehhee
Nak pergi Genting ni satu je..pastikan bagi yang bawa anak-anak korang pergi waktu baru gaji..:p Nak main mainan dia mahal-mahal belaka.Kalau bawa anak sebatalion haa berkepukla duit kena sediakan ye.

Selalu Kak CT  pergi balik hari je. Tapi ada sekali Kak CT  pergi bermalam. Check-in di First World Hotel 3 hari 2 malam. Nak booking senang je terus telefon ke hotel dan buat tempahan.Bayar boleh guna ATM transfer pun tak mengapa.Lepas tu e-mel bukti bayaran pada pihak hotel.Kak CT  waktu tu tiada kredit kad.Pada yang ada kredit kad lagi mudah kan.Harga waktu tu RM 150 semalam sebab hujung minggu.

APA YANG MENARIK DI GENTING HIGHLANDS?

Selain daripada cuaca yang sejuk…(bolehlah kalau nak feel ala-ala korea..hehehe..) tarikan yang ada dekat sini sudah pasti Taman Tema Genting Highlands. 
Tengok kabus tebal bangat sehh....sejuk tak tau nak cakap baq ang..!!!

Ada outdoor dan indoor. Tapi sekarang ni outdoor sedang dalam pembinaan ye jadi tak berapa seronok nak kesana. Macam Kak CT cakap tadi bercuti di Genting ni banyak guna DUIT..ye diulangi duit ye..:)

Anak-anaklah yang paling seronok.Memang tempat dorang kan..hehehe..




Keretapi atas ni kalau main memang tak nak turun dah Aisya Umar ni.Waktu check-in di Genting Kak CT memang beli pas masuk indoor outdoor sebab memang seharian kat situ kan. Bila penat naik hotel rehat-rehat. Tapi kalau pergi balik hari Kak CT akan beli pas mainan yang anak-anak nak main je sebab bukan semua mainan dorang nak main.Takut..hehehhe…Lebih kepada jalan-jalan dan ambil gambar.

Haa..kat bawah ni antara aktiviti kami kat sana…bawa anak-anak memang happening.Kalau berdua mati kutu jugalah kan..huhuhuhu….


































Jadi kalau rasa nak bercuti di Genting sediakan duit aje hehehe…Bagi yang nak naik kenderaan awam boleh naik bas Go genting kat KL Sentral. Terus sampai Genting tak ada berhenti ye.Dulu masa zaman bujang-bujang Kak CT pernah kerja Genting dan selalulah naik bas ni.

Ok tu saja buat masa ni..tutup cerita Genting.nanti bila outdoor baru dah siap kita cerita lagi..:)


**Bagi yang naik kereta hati-hati ye terutama yang memandu waktu awal pagi.Kabus tebal selalunya masa tu.

No comments:

Post a Comment