Friday, January 30, 2015

TAKZIAH..MH370..

Kak CT baru saja dapat berita yang kerajaan dah umumkan tragedi MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua krew dan penumpang terkorban namun pencarian masih diteruskan..
Berikut merupakan petikan dari Utusan Malaysia Online :

MH370 diisytihar kemalangan, 239 penumpang dan kru dianggap terkorban
29 Januari 2015 8:36 PM
KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.
Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Ketika membuat pengumuman itu menerusi rakaman televisyen yang disiarkan menerusi saluran RTM1, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan ... dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban."
"Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. - BERNAMA

Semoga semua ahli keluarga tabah dgn pengumuman ini. Semua rakyat Malaysia bersama MH370.
Kita doakan jugak pasukan pencari akan jumpa pesawat ni..amin.


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Tengok org dok sibuk nak naik erl..salam cium peluk ahli keluarga sebelum berlepas bertambah sayu pulak terbayang MH370 ..dorang pun mesti camni gak kan sblum berlepas..
Err.. Kak CT kat bagasi check in kl sentral la ni.. dari tadi dok tengok org wrap tv beso2. Dorang datang mesia memang nak beli tv ke? Murah ke kat mesia ni? Tetibe rasa pelik lak ha..

Thursday, January 29, 2015

ADA APA DENGAN SOGO SALE

Salam n hye olls..!!!!!
Harini Kak CT cuti cuti malaysia. Tepat pulak tarikh apply cuti ngan Sogo sale. Pada yang tak pernah pegi sogo sale haa ni yang nak kabo kan ni..

Masa nilah tahap keimanan seorang yang bergelar wanita diuji ko..pilih barangnya sekejap je tapi nak gi bayar yg terseksa.

Dinasihatkan kalau gi janganla bawak cash berkoyan ye. Nak selamat guna je debit kad. Kredit kad pun jangan bawak kang korang lupe dunia plak swipe sana sini. Kak CT guna credit card bila perlu sahaja. Ni yang Mr Love always ingatkan.

Skill membeli belah jugak korang mesti tau. Kadang2 ada barang yang harga asalnya nampak tak logik. Mungkin di mark up kan sket then bolehla letak diskaun sampai 90% ye tak..hati hati ye korang. Jangan nampak je diskaun korang borong satu troli plak..

Sebaiknya korang buat list barang yang nak beli so takdelah main rembat je beli tau2 dah ada kat rumah. Kak CT pun learn from a lesson..keh..keh..


Plan kewangan..tetapkan awal bajet yang korang boleh guna. Takdela nanti bajet lari..erk..tapi tang ni akak pun kelaut dik non hahahahaha bila ghairah nak beli je mcm nampak2 je muka Mr Love kat depan tengah cekak pinggang..wakakaka

Ok lah apapun 2015 dijangka tahun yang agak tough dari segi ekonomi. Jadi beringat ye..

SOPINK TIME..!!!!

Macam biasa Sogo sale je mesti my BFF ni peknen tapi still semangat nak bejalan...den yg risau lobih plak hehehehe

Misi ke Korea..!!!!

Assalamualaikum semua..
Bulan lima ni Kak CT akan ke korea. Backpacking sajo..no tour guide..no travel agent..no money no talk hahahaha

Dan misi ini dinamakan......

"REDAH KASI PECAH..KE KOREA KITO..!!!!"

Tapi jgn salah faham ye suka korea tak bermakna peminat kpop..hanya teruja ngan view kat sana dan yg penting kos tak lah mcm g jepun ke uk ke ye x..

So skang ni sibuk menelaah map2 subway dan berblog walking. Kak CT akan bwk litle Aisya jd kena tau baaanyaakk tentang korea. Yela bwk bdk darjah 1 katekan hehe..

Masa pegi nanti wkt musim bunga..whohaa!!!!! Maunye tak smangat ye x.
adoiiii.....gile tgk gambar tulip


Insha allah stay kat area Namsan nanti. 10 perkara yang buat sangat teruja adalah..

1. Nak tengok bunga tulip
2. Nak sangat gi Pulau Nami
3. Nak beli Laneige nye produk
4. Jeles tgk Wak Doyok kahkah
5. Nak rasa udara sejuk 24 jam
6. Nak rasa jd pelancong asing kat Korea
7. Teringin pakai Hanbok
8. Mana tau dapat jumpa Song Hae Gyo
9. Nak melaram ala Korea versi muslimah
10. Nak tgk depan mata teknologi negara maju

Haa..byk lg sebabnye type sampai esok pun tak habis kang. Jenuh lak korang nak bace ye.
Jadi doakan misi ni berjaya. Dahla kena berpisah sementara dgn Mr Love Umar dan Adik Ainur..part ni je yg xbest.

Misi ke Korea akan Kak CT hapdate dari masa ke semasa ngeh..ngeh..

*** teringin nak makan kimchi n ramen gak ***

Travelogue #Genting Highlands



Assalamualaikum..

Genting Highlands..apa yang ada dalam fikiran korang bila sebut tentang Genting?

– tempat sejuk
– jalan bengkang-bengkok
– tempat orang kaya habiskan duit kat kasino
– hotel warna warni
Ni masa Ummi pergi tengah renovate bahagian outdoor. Memang tak plan apapun.Mr Love bawa keluar jalan-jalan tau-tau dah sampai Genting…hehehe…

Haa..banyak lagilah kan.Tapi Kak CT  satu keluarga memang suka Genting sebab sejukkk..terasa mood London tiap kali pergi. Perjalanan dari rumah ke Genting pulak hanya makan masa lebih kurang 45 minit je..apalagi memang setahun dua tiga kali kesini..hehhee
Nak pergi Genting ni satu je..pastikan bagi yang bawa anak-anak korang pergi waktu baru gaji..:p Nak main mainan dia mahal-mahal belaka.Kalau bawa anak sebatalion haa berkepukla duit kena sediakan ye.

Selalu Kak CT  pergi balik hari je. Tapi ada sekali Kak CT  pergi bermalam. Check-in di First World Hotel 3 hari 2 malam. Nak booking senang je terus telefon ke hotel dan buat tempahan.Bayar boleh guna ATM transfer pun tak mengapa.Lepas tu e-mel bukti bayaran pada pihak hotel.Kak CT  waktu tu tiada kredit kad.Pada yang ada kredit kad lagi mudah kan.Harga waktu tu RM 150 semalam sebab hujung minggu.

APA YANG MENARIK DI GENTING HIGHLANDS?

Selain daripada cuaca yang sejuk…(bolehlah kalau nak feel ala-ala korea..hehehe..) tarikan yang ada dekat sini sudah pasti Taman Tema Genting Highlands. 
Tengok kabus tebal bangat sehh....sejuk tak tau nak cakap baq ang..!!!

Ada outdoor dan indoor. Tapi sekarang ni outdoor sedang dalam pembinaan ye jadi tak berapa seronok nak kesana. Macam Kak CT cakap tadi bercuti di Genting ni banyak guna DUIT..ye diulangi duit ye..:)

Anak-anaklah yang paling seronok.Memang tempat dorang kan..hehehe..




Keretapi atas ni kalau main memang tak nak turun dah Aisya Umar ni.Waktu check-in di Genting Kak CT memang beli pas masuk indoor outdoor sebab memang seharian kat situ kan. Bila penat naik hotel rehat-rehat. Tapi kalau pergi balik hari Kak CT akan beli pas mainan yang anak-anak nak main je sebab bukan semua mainan dorang nak main.Takut..hehehhe…Lebih kepada jalan-jalan dan ambil gambar.

Haa..kat bawah ni antara aktiviti kami kat sana…bawa anak-anak memang happening.Kalau berdua mati kutu jugalah kan..huhuhuhu….


































Jadi kalau rasa nak bercuti di Genting sediakan duit aje hehehe…Bagi yang nak naik kenderaan awam boleh naik bas Go genting kat KL Sentral. Terus sampai Genting tak ada berhenti ye.Dulu masa zaman bujang-bujang Kak CT pernah kerja Genting dan selalulah naik bas ni.

Ok tu saja buat masa ni..tutup cerita Genting.nanti bila outdoor baru dah siap kita cerita lagi..:)


**Bagi yang naik kereta hati-hati ye terutama yang memandu waktu awal pagi.Kabus tebal selalunya masa tu.

Kawen sini sana


Fuhh..dah lama rasanya tak beriya2 nak gi kenduri. Zaman sekarang ni tiap2 minggu ada je org kawen tak mcm dulu musim cuti sekolah je ada.

Minggu lepas kak CT attend dua kenduri.Dua2 majlis memang happening dan class dgn cara tersendiri..

EZHAM SYUHADA - DEWAN MPS GOMBAK

comel je kan....sbenarnye time neh semangat nak amek gambo maklumle henpon baru kahhh...
Pengantin lelaki leftenan TUDM jadi dah tentu majlis ikut protokol tentera. Kak CT ni anak tentera jadi memang suke sangatla tengok. Arwah abah dulu ensem gak cenggini ha... Smart betul abg2 bdn uniform neh..

tengok hape tu abam askar...hehehhehee


Paling kelakarnya masing-masing dok amik gambar pengapit.Muka ada iras TMJ cuma ni lagi leng chai maa....tapi tak buleh lawan Mr Love Kak CT la kan..hehehehhe

ha sama tak ngan TMJ??? Ensem n smart je....

Potong kek pun gune pedang ye cik jah...kelas ko..tapi memang majlis macam ni buat lagi semangat nak anak jadi tentera neh..Umar jadi leftenan tau nanti..:) terima kasih banyak pada keluarga Pak Itam jemput kami semua...one of my faveret wedding ever...:)

skang kan ada je booth camni...best gak dapat amik gambar ala-ala gtu huhuuhuh

smart an....best betul la tgk...

hahahaaa....mamat iras TMJ neh ajak kitorg bergambar...(korang raseee....)

pengubat rindu kami semua....pak Itam memang sama ngan muka arwah abah...


masa potong kek dorang laga-lagakan pedang tu tau...very interesting


HAFIZ DIANA - MENARA KL

Yang ni lagi happening...orang hado-hado. Lama tak jumpa rasa sangat sebak dan terharu dijemput hadir.Sedara bau2 kentut gitu. Beratur orang nak naik atas. Dalam hati Kak CT dok pikiaq maun tergolek gak kepala menara KL ni kang kalo ramai-ramai naik ye tak..hehehe..otak tak berapa nak engineer disitu.:p



Diana ni adik kepada Fizo Omar so dapatlah jumpa Mawar Fareeda tuh..tapi since tak minat pun so x amik port.

cantik kan dia...:) gambar ni my sista alin nor dok snap...
Leka bergambo dengan pelamin orang je.Tapi memang meriah sangat. Mak pengantin Kak Deffi dan ayah pengantin Abang Ajak pun jenis humble...atok n nenek pengantin la yang wat kite ni menangis jap...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......kawan baik arwah abah...

Jom lah layan gambar sepanjang majlis. Kak CT pegi ngan rombongan Cik Kiah yang super kecoh. Satu shuttle kitorang konker keh..keh...

lam kete wajib selfie keh..keh...bajetttt gilerr

menjeling jeling..amik feeling pengantin sangat kan..

adik ainurrrrr!!!!!!!!!!!!!

along n anis.....



memang kecoh dapat jumpa dato syukri neh....sporting abis

muka penat abg pengantin


alahai....anak umi neh

the dress was ohsemmm!!!

gayat wehhhh....memang amik gambo je takde nak tgk lelame

makcik2 yang sempoi bile begambo

with atok n nenek pengantin...still cun 

ni sesi tacink2 la neh

bila lama tak jumpa kenela amik no fon...wasaaappppp


kamera Kak CT memang penoh ngan si tudung ijo neh..

dalam lif pon jadik tau...memang kecoh

hamek ko...hantaran lamborghini ko apo neh

sampai camtu skali nak hamek gamba menara KL kah..kah...picture of the day nilah dia..:)

Apapun best sangat dapat jumpa saudara mara....dapat pakai cantik-cantik (eh slalu tak cantik ke aku..keh..keh..) . Korang kalau dapat sesekali spend masa mcm ni. Pengerat ukhwah adik beradik.Macam Kak CT dah takde mak ayah jadi kakak2 abg2 tempat bermanja..sob..sob...

Banyak je lagi gambar lawa-lawa tapi kang muntah ijau plak korang tengok aksi famly Kak CT yang overdose neh..hehehehe...

Ok lah...till meet again ya..!!

***teringat lak masa kite kawen...geli lak ati pk amik gambar tepi kandang kambing..kah..kah...***