Thursday, April 16, 2015

Cerita jelah..

Assalamualaikum..

Lahai..lama plak Kak CT tak update blog ni. Jadual full plus malas berkoyan. Terasa betul penatnya sejak Aisya dah masuk darjah 1. Memang tabik spring la ngan mak mak yang ada anak sekolah berderet-deret. Ni pun hari ni baru dapat melepak awal. Dah dua hari berturut Kak CT balik keje malam. Tu baru tiga hari tak masuk ofis. Balik dari Korea confirm beranak pinak kertas2 atas meja ofis tu huhuhu..😥

Ni pulak dah seminggu lebih batuk selsema. Jumpa doktor pun dah malas. Ubat dah mcm ada farmasi kat rumah hehe..tapi takpelah sakit kan mengurangkan dosa. Cuaca pun hujan panas memang penuhla klinik ngan org sakit. Kesian tengok Aisya dan Umar sebab sekarang masing2 sibuk ngan latihan sukan dan bolasepak. Balik sekolah melemau aje masing2. Sistem pembelajaran kat Malaysia ni betul2 tough. Darjah 1 buku berat mcm bawa batu bata kott..Aisya pun sekarang bawa beg roda. Kesian dok galas beg yang besar dari tuan hehe..hidup di bandar ..ecehh bandarla sangat ye tak hihi..😜

Last two weeks balik kampung Kuala Pilah berkumpul ngan keluarga besar. Rasa seronok betul. Dok kampung rasa aman sentosa dan relax sangat. Tengok pokok2 yang arwah mak dan abah tanam menghijau dan berbunga aduhh..terbayang zaman kanak2 yang sangat tip top. Tak main gajet2 ni. Game semua yang keluar peluh punya. Anak kak CT si Ainur nak pegang pasir pun nampak canggung. Yelah anak zaman sekarang main pasir pun yang jenis pasir dah awet tu. Main pun dalam rumah. Kita dulu tanah liat kepal2 buat bom whoha..!! Amekaw..

Paling kelakar bila nampak kambing dorang kenal..lembu pun ok kenal lagi..sekali nampak kerbau semua buat muka pelik. Raksasa kata Umar..Aisya kata gajah.. Adoii..nak oi umi dulu kerbau tu mangsa pestol buah cenerai umi je tau kahkahkah

Tapi memang dok kampung hidup rasa lebih berkualiti. Tak perlu nak rasa hebat sangatla kalau rumah macam istana tapi environment sesak dan 24 jam berkunci takut pencuri masuk huhu

Kalau kat zaman kecik2 dulu ada gst confirm tak terasa sangat sebab makanan keliling rumah. Petik je apa nak makan..lagi sodap dari makan kepci finger lickin gud kononnya..huhu

Ok lah..fenin kepala sudah. Dari td dok plan mcm2 pasal korea.

Jumpa lg nanti.

Salam.

Friday, February 20, 2015

THE POWER OF WORDS

Assalamualaikum..

The power of words..tau tak korang kerana sepatah perkataan boleh buat orang rasa hormat, benci, sayang, menyampah dan macam-macam perasaan lagilah.
Nak dijadikan cerita harini Kakak Aisya asyik merengek je macam baby. Kita nak masuk bilik air pun dia tak bagi. Takut katanya. Perut pulak dah memulas adoii..!!!



So natijahnya dapatla rotan sekali kat kaki comel dia tu. Rotan manja kata orang. (Nasib baikle akta tak boleh merotan anak tu ramai tak sokong ye tak. Kalo tak taktau nak marah mcm mana pulak)
Merajuk la anak comel Kak CT tu. Dia macam biasa bila merajuk ambil buku warna atau buku sekolah terus buat homework. Airmata meleleh je..sayu pulak hati tengok.


Pendek cerita dah lebih kurang 30minit dia datang depan sambil minum air vico kegemaran dia tu. Then tertido berselimut even matahari tengah terpacak masa tuh..hehe




Kak CT pun kedapur nak minum..then ternampak sesuatu atas meja. Terus meleleh pulak airmata on the spot..kakak..tu je yang mampu cakap waktu tu.

"AISYA SAYANG UMMI"




Walau hanya 3 perkataan tapi sangat terkesan kat hati. Dah selalu kakak conteng buku dengan ayat tu tapi kali ni rasa lain pulak. Nota comel ni disertai dengan secawan air vico dan sekeping roti dah siap letak peanut butter..(dah rembat roti baru teringat nak ambil gambar hehe..)

Sayu dan terubat marah. Walau dia kena marah dia tak ambil hati dan siap pujuk lagi. Terus pergi kedepan cium dia banyak kali. Hopefully one day she will read this entry and all i want to say is :

"UMMI SAYANG KAKAK JUGA"

Jadi nampak tak betapa besarnya impak sesuatu perkataan. Pada yang ada blog hati-hati bila melontarkan ayat takut jadi fitnah.

Pada kaum suami yang selalu sangat rasa kaum isteri sukar dipujuk nah..cuba belajar dari kanak-kanak. Sesekali pujuklah isteri yang merajuk tu ha tulis je i lap u then letak bunga taik ayam sekuntum pun takpe. Ni ada yang tahan tengok isteri muka macam asam boi seminggu. Cuba buat..senyumla isteri tu kang hehehe..romantic is sooo easy if we know how. Nak pula zaman gajet ni ha. Whats app je gambar bunga sekuntum maka berbunga-bungalah hati yg merajuk tadi ye tak..be creative hokeyy..

Kesimpulannya Kak CT sangat berterima kasih dengan Kakak Aisya harini. I learn something from u sayang..




**lepas je sesi tacink Kakak Aisya bangun tidur dan tak sengaja pecahkan tabung cendawan kesayangan Kak CT dan ajaibnya umminya tak marah.just smile dan cium dia..hihi..***




Sunday, February 8, 2015

#THROWBACK : LAST FAMILY PHOTO SESSION WITH ABAH...

Assalamualaikum...tajuk agak omputih disitu...

Just nak share tentang last family photo session ngan arwah abah yang disayangi..waktu ni kalau tak silap a month before arwah abah meninggal. 

muka abah tahan sebak je...this pic was sooo precious

Salah sorang anak buah Kak CT berjaya dipilih menjadi satu-satunya wakil pelajar berbangsa Melayu di US Air Force Academy atau USAFA Class Of 2018. (Alhamdulillah anak-anak buah semuanya berjaya dalam bidang masing-masing..)


smart an....baru tengok baju tuh..hehehehe....

Bila dapat tahu perkhabaran gumbira ni insan yang paling happy sekali selain mama n walid dia ialah ATOK dia...




Melambung la bil tepon abah bulan tu dek nak bagitau semua orang cucu eh dapat blaja oversea...tapi siyes Kak CT pun sangat happy sebab bukan calang-calang tempat plak dak senget ni dapat blaja (hehehe...kene luku gak aku kang ni panggil dia dak senget..)

Tapi biasalah walau hepi tp agak berat hati gak nak lepaskan. Jauh beno gamaknye Amereka tuh..

Waktu abah kol bagitau Kak CT buat buatla terkejut gak bagi dia rasa seronok hehe..suka betul abah. One of my precious moment ever..!!!



Then kami adik bradik pun secara spontan plan nak bergambar ngan abah. Amirul pun bawakla baju UPNM yang memang smart abis..wallah..!!!


Tapi waktu sesi bergambar abah taknak senyum langsung. Mulanya ingatkan abah marah ke ape tapi bila tengok gambar-gambar jelas abah sebenarnya tahan sebak dan dia bangga..

Tak lama lepas tu abah masuk hospital. Abah kol Kak CT cakap dia rasa dah nak sampai waktu dia pergi..mengalir airmata mcm air terjun sudah.Then abah kena transfer ke hospital seremban. Masa ni tak pikir kerja dah. Ulang alik hospital just to spend time with him. Makan dan tidurkan abah..zikir sama-sama..selamba je naik sket katil nak tidur peluk abah. Bau masyem tu yang nikmat je nak cium hehe...ada seorang warga bangladesh yang jaga adik dia sakit senyum je tengok dan tunjuk good. Dia cakap tak pernah tengok anak da tua bangka tidur ngan ayah mcm tu..hehe

Keadaan abah makin tak stabil masa tu. Tapi still dapat borak ngan abah. Dia keep tanya mana aisya umar ainur. Dia nak sangat jumpa. Sepanjang kat hospital tu mandi airmata rasanya. Tapi depan abah keep positive dan senyum.

masa ni berselera sangat abah makan....Kak CT dok tengok je.taktau nape nampak lain masa tu..rupanya abah nak pergi tinggalkan kami semua...
Pengalaman jaga abah sampai kehembusan nafas terakhir takkan Kak CT lupa sampai bila-bila dan akan diceritakan pada anak-anak bila dorang dah besar. Banyak lagi nak diceritakan sepanjang lebih kurang seminggu kat hospital. Tapi sambil type airmata tak bleh stop plak mengalir..cut it short ok.

Abah pergi 2hari sebelum Amirul berangkat ke US dan dia kotakan janji dia taknak dia jadi penyebab Amirul tak pergi atau tangguhkan misi ke US. Masa sesi bergambar Kak CT dengar dia pesan kat Amirul apa jadi pun even dia meninggal masa Amirul dah kat US takyah balik Malaysia..doakan saja katanya..

We will miss u abah..baju terakhir abah pakaila pengubat rindu..dalam almari sebelah baju terakhir gak yang mak pakai kat umah Kak CT.Dua-dua dah takde tapi sentiasa ada dalam hati dan doa anak-anak..

Alhamdulillah urusan mandi dan pengebumian jenazah abah dimudahkan dan tak bertangguh. Smooth saje..☺

Moga arwah abah dan arwah mak tenang dan roh mereka bersama para syuhada. Amin..












dan pastinya....cucu kecik empat orang ni yang paling rindu dengan Atok....till now they keep asking 'mana atok?' 'meninggal memang dah tak boleh jumpa ye?'.......speechless..

****Thank you Amirul for making Atok's dream comes true. Dan harini 8 February besday dak senget ni..hehe *****

Friday, January 30, 2015

TAKZIAH..MH370..

Kak CT baru saja dapat berita yang kerajaan dah umumkan tragedi MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua krew dan penumpang terkorban namun pencarian masih diteruskan..
Berikut merupakan petikan dari Utusan Malaysia Online :

MH370 diisytihar kemalangan, 239 penumpang dan kru dianggap terkorban
29 Januari 2015 8:36 PM
KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, hari ini secara rasmi diisytiharkan sebagai kemalangan di bawah peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat malang itu dianggap telah terkorban.
Ketika membuat pengumuman itu, kerajaan Malaysia menegaskan bahawa misi mencari pesawat Boeing 777 itu tetap menjadi keutamaan.
Kerajaan komited meneruskan usaha untuk merungkai tragedi malang itu dengan kerjasama dan bantuan berterusan daripada kerajaan China dan Australia, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Ketika membuat pengumuman itu menerusi rakaman televisyen yang disiarkan menerusi saluran RTM1, beliau berkata: "Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, bagi pihak Kerajaan Malaysia, kami secara rasmi mengisytiharkan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines sebagai satu kemalangan ... dan bahawa semua 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat MH370 dianggap telah terkorban."
"Kami telah berusaha dan menjalankan pencarian daripada setiap sudut dan meneliti semua data yang sedia ada. Walaupun semua usaha ini dijalankan sejak 327 hari lepas (sehingga semalam), namun usaha pencarian itu malangnya masih belum menemukan lokasi pesawat yang hilang itu," katanya. - BERNAMA

Semoga semua ahli keluarga tabah dgn pengumuman ini. Semua rakyat Malaysia bersama MH370.
Kita doakan jugak pasukan pencari akan jumpa pesawat ni..amin.


☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Tengok org dok sibuk nak naik erl..salam cium peluk ahli keluarga sebelum berlepas bertambah sayu pulak terbayang MH370 ..dorang pun mesti camni gak kan sblum berlepas..
Err.. Kak CT kat bagasi check in kl sentral la ni.. dari tadi dok tengok org wrap tv beso2. Dorang datang mesia memang nak beli tv ke? Murah ke kat mesia ni? Tetibe rasa pelik lak ha..

Thursday, January 29, 2015

ADA APA DENGAN SOGO SALE

Salam n hye olls..!!!!!
Harini Kak CT cuti cuti malaysia. Tepat pulak tarikh apply cuti ngan Sogo sale. Pada yang tak pernah pegi sogo sale haa ni yang nak kabo kan ni..

Masa nilah tahap keimanan seorang yang bergelar wanita diuji ko..pilih barangnya sekejap je tapi nak gi bayar yg terseksa.

Dinasihatkan kalau gi janganla bawak cash berkoyan ye. Nak selamat guna je debit kad. Kredit kad pun jangan bawak kang korang lupe dunia plak swipe sana sini. Kak CT guna credit card bila perlu sahaja. Ni yang Mr Love always ingatkan.

Skill membeli belah jugak korang mesti tau. Kadang2 ada barang yang harga asalnya nampak tak logik. Mungkin di mark up kan sket then bolehla letak diskaun sampai 90% ye tak..hati hati ye korang. Jangan nampak je diskaun korang borong satu troli plak..

Sebaiknya korang buat list barang yang nak beli so takdelah main rembat je beli tau2 dah ada kat rumah. Kak CT pun learn from a lesson..keh..keh..


Plan kewangan..tetapkan awal bajet yang korang boleh guna. Takdela nanti bajet lari..erk..tapi tang ni akak pun kelaut dik non hahahahaha bila ghairah nak beli je mcm nampak2 je muka Mr Love kat depan tengah cekak pinggang..wakakaka

Ok lah apapun 2015 dijangka tahun yang agak tough dari segi ekonomi. Jadi beringat ye..

SOPINK TIME..!!!!

Macam biasa Sogo sale je mesti my BFF ni peknen tapi still semangat nak bejalan...den yg risau lobih plak hehehehe

Misi ke Korea..!!!!

Assalamualaikum semua..
Bulan lima ni Kak CT akan ke korea. Backpacking sajo..no tour guide..no travel agent..no money no talk hahahaha

Dan misi ini dinamakan......

"REDAH KASI PECAH..KE KOREA KITO..!!!!"

Tapi jgn salah faham ye suka korea tak bermakna peminat kpop..hanya teruja ngan view kat sana dan yg penting kos tak lah mcm g jepun ke uk ke ye x..

So skang ni sibuk menelaah map2 subway dan berblog walking. Kak CT akan bwk litle Aisya jd kena tau baaanyaakk tentang korea. Yela bwk bdk darjah 1 katekan hehe..

Masa pegi nanti wkt musim bunga..whohaa!!!!! Maunye tak smangat ye x.
adoiiii.....gile tgk gambar tulip


Insha allah stay kat area Namsan nanti. 10 perkara yang buat sangat teruja adalah..

1. Nak tengok bunga tulip
2. Nak sangat gi Pulau Nami
3. Nak beli Laneige nye produk
4. Jeles tgk Wak Doyok kahkah
5. Nak rasa udara sejuk 24 jam
6. Nak rasa jd pelancong asing kat Korea
7. Teringin pakai Hanbok
8. Mana tau dapat jumpa Song Hae Gyo
9. Nak melaram ala Korea versi muslimah
10. Nak tgk depan mata teknologi negara maju

Haa..byk lg sebabnye type sampai esok pun tak habis kang. Jenuh lak korang nak bace ye.
Jadi doakan misi ni berjaya. Dahla kena berpisah sementara dgn Mr Love Umar dan Adik Ainur..part ni je yg xbest.

Misi ke Korea akan Kak CT hapdate dari masa ke semasa ngeh..ngeh..

*** teringin nak makan kimchi n ramen gak ***

Travelogue #Genting Highlands



Assalamualaikum..

Genting Highlands..apa yang ada dalam fikiran korang bila sebut tentang Genting?

– tempat sejuk
– jalan bengkang-bengkok
– tempat orang kaya habiskan duit kat kasino
– hotel warna warni
Ni masa Ummi pergi tengah renovate bahagian outdoor. Memang tak plan apapun.Mr Love bawa keluar jalan-jalan tau-tau dah sampai Genting…hehehe…

Haa..banyak lagilah kan.Tapi Kak CT  satu keluarga memang suka Genting sebab sejukkk..terasa mood London tiap kali pergi. Perjalanan dari rumah ke Genting pulak hanya makan masa lebih kurang 45 minit je..apalagi memang setahun dua tiga kali kesini..hehhee
Nak pergi Genting ni satu je..pastikan bagi yang bawa anak-anak korang pergi waktu baru gaji..:p Nak main mainan dia mahal-mahal belaka.Kalau bawa anak sebatalion haa berkepukla duit kena sediakan ye.

Selalu Kak CT  pergi balik hari je. Tapi ada sekali Kak CT  pergi bermalam. Check-in di First World Hotel 3 hari 2 malam. Nak booking senang je terus telefon ke hotel dan buat tempahan.Bayar boleh guna ATM transfer pun tak mengapa.Lepas tu e-mel bukti bayaran pada pihak hotel.Kak CT  waktu tu tiada kredit kad.Pada yang ada kredit kad lagi mudah kan.Harga waktu tu RM 150 semalam sebab hujung minggu.

APA YANG MENARIK DI GENTING HIGHLANDS?

Selain daripada cuaca yang sejuk…(bolehlah kalau nak feel ala-ala korea..hehehe..) tarikan yang ada dekat sini sudah pasti Taman Tema Genting Highlands. 
Tengok kabus tebal bangat sehh....sejuk tak tau nak cakap baq ang..!!!

Ada outdoor dan indoor. Tapi sekarang ni outdoor sedang dalam pembinaan ye jadi tak berapa seronok nak kesana. Macam Kak CT cakap tadi bercuti di Genting ni banyak guna DUIT..ye diulangi duit ye..:)

Anak-anaklah yang paling seronok.Memang tempat dorang kan..hehehe..




Keretapi atas ni kalau main memang tak nak turun dah Aisya Umar ni.Waktu check-in di Genting Kak CT memang beli pas masuk indoor outdoor sebab memang seharian kat situ kan. Bila penat naik hotel rehat-rehat. Tapi kalau pergi balik hari Kak CT akan beli pas mainan yang anak-anak nak main je sebab bukan semua mainan dorang nak main.Takut..hehehhe…Lebih kepada jalan-jalan dan ambil gambar.

Haa..kat bawah ni antara aktiviti kami kat sana…bawa anak-anak memang happening.Kalau berdua mati kutu jugalah kan..huhuhuhu….


































Jadi kalau rasa nak bercuti di Genting sediakan duit aje hehehe…Bagi yang nak naik kenderaan awam boleh naik bas Go genting kat KL Sentral. Terus sampai Genting tak ada berhenti ye.Dulu masa zaman bujang-bujang Kak CT pernah kerja Genting dan selalulah naik bas ni.

Ok tu saja buat masa ni..tutup cerita Genting.nanti bila outdoor baru dah siap kita cerita lagi..:)


**Bagi yang naik kereta hati-hati ye terutama yang memandu waktu awal pagi.Kabus tebal selalunya masa tu.