Assalamualaikum..
The power of words..tau tak korang kerana sepatah perkataan boleh buat orang rasa hormat, benci, sayang, menyampah dan macam-macam perasaan lagilah.
Nak dijadikan cerita harini Kakak Aisya asyik merengek je macam baby. Kita nak masuk bilik air pun dia tak bagi. Takut katanya. Perut pulak dah memulas adoii..!!!
So natijahnya dapatla rotan sekali kat kaki comel dia tu. Rotan manja kata orang. (Nasib baikle akta tak boleh merotan anak tu ramai tak sokong ye tak. Kalo tak taktau nak marah mcm mana pulak)
Merajuk la anak comel Kak CT tu. Dia macam biasa bila merajuk ambil buku warna atau buku sekolah terus buat homework. Airmata meleleh je..sayu pulak hati tengok.
Pendek cerita dah lebih kurang 30minit dia datang depan sambil minum air vico kegemaran dia tu. Then tertido berselimut even matahari tengah terpacak masa tuh..hehe
Kak CT pun kedapur nak minum..then ternampak sesuatu atas meja. Terus meleleh pulak airmata on the spot..kakak..tu je yang mampu cakap waktu tu.
"AISYA SAYANG UMMI"
Walau hanya 3 perkataan tapi sangat terkesan kat hati. Dah selalu kakak conteng buku dengan ayat tu tapi kali ni rasa lain pulak. Nota comel ni disertai dengan secawan air vico dan sekeping roti dah siap letak peanut butter..(dah rembat roti baru teringat nak ambil gambar hehe..)
Sayu dan terubat marah. Walau dia kena marah dia tak ambil hati dan siap pujuk lagi. Terus pergi kedepan cium dia banyak kali. Hopefully one day she will read this entry and all i want to say is :
"UMMI SAYANG KAKAK JUGA"
Jadi nampak tak betapa besarnya impak sesuatu perkataan. Pada yang ada blog hati-hati bila melontarkan ayat takut jadi fitnah.
Pada kaum suami yang selalu sangat rasa kaum isteri sukar dipujuk nah..cuba belajar dari kanak-kanak. Sesekali pujuklah isteri yang merajuk tu ha tulis je i lap u then letak bunga taik ayam sekuntum pun takpe. Ni ada yang tahan tengok isteri muka macam asam boi seminggu. Cuba buat..senyumla isteri tu kang hehehe..romantic is sooo easy if we know how. Nak pula zaman gajet ni ha. Whats app je gambar bunga sekuntum maka berbunga-bungalah hati yg merajuk tadi ye tak..be creative hokeyy..
Kesimpulannya Kak CT sangat berterima kasih dengan Kakak Aisya harini. I learn something from u sayang..
**lepas je sesi tacink Kakak Aisya bangun tidur dan tak sengaja pecahkan tabung cendawan kesayangan Kak CT dan ajaibnya umminya tak marah.just smile dan cium dia..hihi..***

















